Total Pageviews

PENYAKIT ANGIN AKIBATKAN SENSITIF FIZIKAL DAN MENTAL?

PENYAKIT ANGIN AKIBATKAN SENSITIF FIZIKAL DAN MENTAL? -
---------------------------------------------------------------------------
Masalah sesak nafas , berdebar-debar dan fikir banyak-banyak sering berlaku pada mereka yang ada sejarah alahan dalam keluarga seperti
- Ekzema, asma dan resdung.
- GERD, autoimmune gastritis,radang usus (IBD).
- Autoimmune thyroid.
- Masalah autoimmune SLE, Rheumatoid, Sjogren.
Kondisi ini bukan sahaja mengganggu fungsi fizikal badan tetapi juga mental dan emosi.Makin lama jika dibiarkan, makin lemah dan bermasalah badan kita.
Sebahagian simtom ini boleh dialami oleh penderita penyakit angin atau GERD atau keluarga yang mempunyai isu berlebihan bahan kimia saraf HISTAMIN. Bila bahan kimia saraf ini berlebihan, badan jadi sensitif dan mudah RADANG bengkak, merah, panas, sakit dan gatal. Banyak organ-organ badan boleh terkesan dan sensitif mudah radang.
.
Sila maklum simtom ini bukan simtom tipikal di dalam buku teks perubatan tetapi pengalaman saya dan juga dikaitkan kemungkinannya di dalam kajian dan teori saintifik. Ia tidak.bertujuan mendiagnosa dan merawat tetapi sebagai pengetahuan am dan perkongsian ilmu. Dapatkan rawatan dan diagnosa di klinik jika sakit.
.
OTAK & JIWA
------------------------
Bahan kimia saraf ni sebabkan sensitif dan saraf meradang bengkak. Apabila saraf bengkak, transmisi otak jadi kacau bilau dan mungkin jadi hyperaktif.
1) Sikit-sikit risau. Boleh jadi panik
2) Tak dapat buat keputusan sebab asyik risau fikir banyak-banyak sangat keputusan tu. Akhirnya, tiada keputusan dibuat. Kita jadi tak berpendirian!
3) Darah gemuruh - berdebar dan gigil contohnya masa beri ceramah bila depan ramai orang macam saya dulu kah kah.
4) Fikir banyak dan bukan-bukan tanpa dapat dikawal.
5) Obses dengan sesuatu.
6) Kreatif kerana saraf banyak persepsi dan perspektif akan timbul dengan peningkatan histamin.
7) Cepat sentap dan bengkak..bengkek pun sama. Pemarah.
😎 Cepat putus asa. Oh, kecuali apa yang kita obses.
9) Emosi ekstrem. Tiba-tiba syahdu tak tentu pasal dan menangis. Tiba-tiba mood bertukar sepantas kilat jadi happy.
10) Blurr...bila disoal..terutama bila digertak.
11) Susah tidur. Bahan ini memang susahkan tidur. Doktor ada beri ubat untuk kurangkan bahan saraf ini supaya mudah tidur.
11) Pelupa.
12) Kebergantungan....MANJA Laa...
- Tak boleh berpisah daripada si dia...mak ke..bini ke..
- Tak boleh berpisah daripada sesuatu tempat sudah biasa juga. Kampung halaman asyik nak balik rasanya.
- Tak boleh tidur tempat yang tak biasa..contohnya hotel masa travel.
13) Pertuturan juga mungkin terjejas..
- Terlupa apa yang dituturkan sebentar tadi.
- Otak fikir lebih laju daripada lidah.. jadi macam gagap atau kelu lidah.
SARAF
1) Kebas-kebas semut semut menjalar sepanjang saraf tangan.
- Punca mungkin bengkak di tengkuk atau bahu.
Kebas menjalar bawah kaki. Mungkin bengkak tulang belakang bawah. Lumbar biasanya.
2) Sensitif sejuk atau panas. Terasa badan sejukk atau panas.
.
3) Gatal-gatal..boleh jadi sampai ada ruam. Tetapi jika kulit licin cantik sekalipun, bahan saraf ini meningkatkan saraf kegatalan.
.
SENDI & OTOT
------------------------
1) Restles leg - kaki tak reti duk diam asyik goyang saja, terutama bila tengah stres bahan kimia ni meningkat. Kaki jadi lebih kuat goyang sampai gegar meja hehe..
2) Tic - Habit @ pergerakan yang tak dapat dikawal.
- Tak boleh kalau tak kancing baju sampai atas.
- Sesetengah orang kenyit-kenyit secara berkala tanpa dapat dikawal.
- Betulkan kolar baju..rasa rimas kat leher dengan baju.
- Pundi kencing mungkin rasa penuh sokmo.. jadi asyik nak ke toilet saja.
3) Ligamen mungkin mudah longgar. Laxity mat saleh kata. Mudah mendapat kecederaan lutut, bahu, siku, ankle belakang.. Malah rahang (TMJ) pun boleh terseliuh bila bahan saraf kimia ni tinggi.
4) Berisiko sakit belakang tengkuk seperti masalah cervical atau lower back..sakit pinggang lah.Ramai alami slip disc juga.
5) Lutut dan sendi bahu terutamanya.. berderup-derap. Sangat mudah berisiko kecederaan dan akhirnya menjadi osteoarthritis.
.
SALUR DARAH DAN PEMBEKUAN DARAH
-------------------------------------------------------------------
1) Lebam tak tentu pasal tanpa kecederaan.
2) Bintik- bintik merah di kaki. Petechiae
3) Bintik merah macam tahi lalat kecil macam pecah darah. Di Tangan atau bahagian dada dan belakang.
4) Hidung berdarah. Biasanya berlaku pada yang dah ada resdung.
.
Peningkatan bahan kimia saraf yang dikaitkan dengan angin ini juga mengganggu:
1) Loya dan rasa nak muntah selalu.
2) Susah tidur awal dan kerap terjaga.
3) Gangguan suhu badan : terlalu sejuk/panas.
4) Gangguan selera : Craving sangap (pantang tengok makanan terutamanya yang manis) atau hilang selera.
5) Pergerakan jadi cuai. Tersadung masa berjalan. Terlanggar barang masa makan atau berjalan.
6) Pembelajaran terganggu. Slow learner.
7) Memori terganggu. Terutama short term.
- Paling biasa lupa ialah tengah solat rupa rakaat ke berapa.
- Lupa dah kunci kereta atau rumah.
- Lupa apa yang dituturkan tadi.
- Hilang arah. Lupa nak pi mana ni 😂
.
PULIHKAN PENAWAR DAN KURANGKAN SENSITIF!
SOLUSI ialah dengan meningkatkan pengurai bahan kimia saraf yang menyebabkan badan radang dan sensitif ini..bahan saraf dipanggil HISTAMIN
PENAWARNYA ialah sejenis enzim bernama DAO yang berada paling banyak di LAPISAN USUS. Masalah mungkin bermula daripada kerosakan lapisan usus sedikit demi sedikit atau stres dalaman mengejut!
Namun kebiasaannya, penyakit angin seperti GERD selalunya tidak bermula mengejut mengikut pemerhatian saya.. Ia bermula daripada radang gastrik ...sebu sikit-sikit..kemudian jadi refluks makanan dan kembung..akhirnya baru jadi "mental".
Sebab itu, ubahlah pemakanan dan gaya hidup kita...bila dah sembelit tu, ada something wrong lah dengan usus tu..jangan anggap ia normal walaupun ramai yang ada masalah sembelit.
Pulihkan kesihatan usus..insha Allah..kesihatan akan menjadi lebih baik..mungkin tahap prestasi kesihatan yang tidak pernah kita jangkakan. Sebab kita sentiasa hidup dalam keadaan "sakit senyap" tanpa kita sedari.
Tingkatkan DAO dengan pemulihan usus serta nutrisi tertentu. Saya akan sentiasa berkongsi mengenai pemulihan walaupun diperlekehkan. tidak rugi jika memberi walau tiada seorangpun yang percaya 😊
Alhamdulillah..
Amalkan susu kolostrum dan kalsium TruaCal7
Berfungsi menguatkan antibodi.














Klik
Kami doakan dipermudahkan usaha tuan-tuan dan puan-puan. Semoga pemulihan ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dan lebih mendekatkan diri kita kepadanya. Redha dengan ketentuan Allah .

No comments:

Post a Comment

Pages