Sakit sakit pinggang selepas raya wauuu panik banget .Mana taknya semua benda angkat dan sapu nak bersihkan keliling rumah ,yang ibu ibu fokusnya memasak buah kuih raya.🤣🤣 Sakit pinggang kebiasaannya berlaku apabila kita duduk terlampau lama. Kajian di Autralia menyatakan, manusia duduk dalam 7-11 jam sehari! Lamakan. Secara tak sedar, memang kau orang lebih banyak duduk daripada berdiri atau berjalan. Jom kita semak jumlah jam kau orang duduk, 1. Kerja, duduk __ jam? 2. Makan, duduk , __ jam? 3. Memandu, duduk __ jam? 4. Belajar atau mengajar, duduk __ jam? 5. Tengok hand phone, duduk __ jam? 6. Tonton TV & Wayang, duduk __ jam? Sekiranya kau orang jumlahkan kesemua masa aktiviti di atas, memang betul dapatan kajian tersebut. Malah mungkin ada yang lebih! Inilah antara punca sakit pinggang mudah berlaku. Jom kita berkenalan otot yang berpotensi membuatkan kau orang sakit pinggang iaitu Otot Psoas (disebut So-Es). Otot ni terletak di bahagian tulang belakang membawa ke tulang peha. Ia merupakan 'deep muscle'. Maksudnya kita tak boleh nak sentuh otot ini disebabkan kedudukannya terlampau dalam. Dah berkenalan, jom kita belajar sikit anatomi otot Psoas ni. Baru kita faham kenapa dia boleh buatkan kita sakit pinggang. Semua otot mempunyai ORIGIN (mana tempat otot ni bermula) dan INSERTION (mana tempat otot ni dilekatkan). Kami terangkan dalam bahasa mudah, kalau nak tahu secara lebih spesifik boleh rujuk Gambar 1 ORIGIN : bermula daripada area tulang belakang (lumbar) INSERTION : dilekatkan dibahagian pangkal tulang peha. Ototnya tebal. Ada dibahagian kiri dan kanan. PERGERAKAN bagi otot ni adalah mengangkat lutut naik ke atas dan juga ruku', membongkok dan bangun daripada baring seperti sit up (rujuk video) Sekiranya kau orang rasa dua pergerakan ini terhad atau sakit, berkemungkinan otot Psoas ni ada masalah. KENAPA BOLEH SAKIT Bila kau orang duduk terlampau lama. Otot psoas ini berada dalam mode mengecut (contract). Maksudnya ia sedang bekerja. Ini akan menyebabkan otot kau orang jadi menjadi stres, letih dan akhirnya menjadi ketat. (rujuk Gambar 2) Darah pun tak dapat berjalan atau mengalir dengan baik. Nak bagi faham lagi, saya beri analogi mudah begini, Kau orang pegang dan angkat beg (beban) paras bahu dan kau orang tahan. 10 saat boleh lah korang tunjuk hero, 30 saat korang dah start panas kat bahu, 45 saat korang dah start menggigil, 60 saat muka korang dah start macam menteri Pasola 🤣🤣🤣 Cuba otot Psoas kau orang buat macam tu, Dalam masa 7 jam (ikut waktu kerja), Darab dengan 5 hari bekerja. Agak-agak Psoas kau orang tu tegang tak bila duduk lama-lama? (rujuk Gambar 3) WAJIB SAKIT weh!
Bila otot tegang, Lama-lama peredaran darah kurang, Kemudian otot menjadi radang, Dan akhirnya sakit pinggang pun datang. Sekiranya kau orang nak elakkan daripada sakit pinggang ni, jawapan 'klishe'nya adalah bersenam dan rajin-rajin buat regangan. Namun, saya kongsikan satu aktiviti regangan yang 'power' beserta gambar anatomi agar kau orang faham dan dapat membantu melegakan otot Psoas kau orang. (gambar 4 & 5) Jaga pemakanan kalian seharian bersama menu sihat .Elakkan mengangkat alatan berat. juga amalkan minum susu kolostrum dan Kalsium TruCalD7 bagi menguatkan antibodi badan serta tulang . www.whatsapp.my/60125366401






No comments:
Post a Comment