Total Pageviews

PLANTAR FASCITIS MENYEBABKAN SAKIT TUMIT


Bila hari cuti gak ore kelate Kato rut rit rut rit habis sero lenguh Lumpuh kaki kaki Tapak kaki acu try Check gapo dia punca.pah tu gak Jaga makan minum yang berkhasiat terutama Susu Kolostrum supaya kuatkan antibodi Lawan balik segala ke kekurangan antibodi kuatkan balik sistem imun badan.

PLANTAR FASCITIS MENYEBABKAN SAKIT TUMIT
.
Ianya adalah masalah yang biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament itu mula menjadi lemah dan koyak. Ini mengakibatkan radang di bahagian tumit dan seluruh tapak kaki. Namun kesakitan itu lebih tertumpu pada tumit (calceneus bone) di mana ligament itu melekat di situ.
.
Kerosakan tisu ligament mengakibatkan radang dan seterusnya menyebabkan kesakitan terutama di awal pagi. Ini kerana pada waktu malam kerosakan tisu dan radang itu beransur pulih. Maka pesakit selalu berasa selesa di tengah malam.
.
Namun di awal pagi apabila pesakit cuba memijak kakinya ke lantai sekaligus memberi tekanan pada kaki dan ligamen Plantar Fascia maka ini menyebabkan pesakit berasa sakit semula. Inilah punca di mana pesakit merasakan kesakitan di awal pagi apabila memijak lantai.
.
Namun ianya akan beransur kurang apabila pesakit mula bergerak melakukan kerja, apabila tisu kaki mula biasa (warms up). Namun begitu keadaan ini (pain-free period) tidak akan lama apabila pesakit berdiri lama ketika bekerja, melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau berdiri setelah lama duduk. Selalunya kesakitan itu digambarkan sebagai kesakitan di tumit seperti terbakar, mencucuk dan berdenyut-denyut.
.
Saya mencadangkan satu tip yang boleh dicuba di rumah, untuk mengurangkan kesakitan kaki ini. Bagi mereka yang sudah muak dengan ubat penahan sakit, tip ini sangat berguna. Caranya ialah dengan merendamkan kaki ke dalam besen yang berisi ais. Pada mulanya ianya tentu tidak selesa, tetapi setelah beberapa lama, ianya akan memberikan kelegaan. Mulakan dengan menggunakan air batu/ais yang sedikit dahulu sebelum menggunakan ais yang banyak.
.
Untuk mengurangkan kesakitan pada penyakit Plantar Fascitis, ubat yang biasa dipreskripsikan oleh doktor ialah ubat penahan sakit. Namun jika kesakitannya keterlaluan, injeksi pada tumit yang sakit akan memberikan kelegaan yang serta merta. Namun bukan semua doktor mampu memberikan injeksi ini secara berkesan.
.
Selain itu rawatan yang kurang kesan, namun membantu penyembuhan dalam jangka masa panjang ialah rawatan menggunakan gelombang bunyi. Ianya dinamakan rawatan extracorporeal shock wave therapy (ESWT) iaitu sejenis gelombang bunyi yang diberikan pada tisu yang rosak agar proses penyembuhan ini akan bertambah cepat. Jalan terakhir mungkin pembedahan untuk mengurangkan kesakitan.
.
Jika rawatan tidak diberikan untuk kesan jangka masa panjang , pesakit akan mengalami gaya jalan (gait) yang tidak betul bagi mengurangkan kesakitan ini. Seterusnya memberikan kesan mekanikal pada pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggul (hip joint) pula.

#MilkThatChangesYourLife
#TogetherWeAreStrong

Klik

https://AgenSusuC2joy.com/Auranikzhafran
https://AgenSusuC2joy.com/Auranikeffah
https://AgenSusuC2joy.com/AuraNik
http://www.wasap.my/+60125366401/nkc2joy















No comments:

Post a Comment

Pages