Total Pageviews

GERD dan ANXIETY ni punca dalam 80% bab makanan

Alhamdulillah saya dah kurang gastrik gerd dalam 3-4 bulan,
Ini saya kira tanpa ubatlah sebab dah start makan ubat gastrik sebelum skop, tapi sebab kes yang ubat gastrik penyebab kanser terus stop, pastu saya try ubah sendiri dulu, dulu ingat kalau tak baik baru nak sambung balik ubat. Alhamdulillah sembuh tanpa ubat.
Tapi saya ada ambik dan makan pre dan probiotic jual di pharmcy, katanya lagi mahal lagi bagus. Makan seminggu terus hilang alhamdulillah, makan jer apa2 brand kata pharmacist janji mahal sebab lagi berkualiti.
Dekat sini saya nak share apa yang saya buat, mana tahu bermanfaat buat semua dan boleh try.
Ni antara yang saya buat : -
1. STOP MAKAN MEE MAGGI / RAMEN PEDAS / EXTRA PEDAS / APA SAHAJA MAKAN EXTRA PEDAS KFC MCD
Saya rasa ni lah punca UTAMA dan sebenar saya Gerd & Anxiety, dulu lepas makan maggi/ramen extra pedas gini terus saya duduk atau baring, so mungkin tak habis hadam lagi terus dia naik balik kat atas. Saya rasa kandungan pedas dia sangat tinggi lah, memang rosak habis perut dan usus kita.
Tapi kalau makanan lain yang pedas macam kari, sambal dan lain-lain saya bedal sahaja. Alhamdulillah ok
2. STOP & KURANGKAN MINUM KOPI / KAFFFEIN / DARK CHOC
Kalau dulu memang boleh kata tiap hari minum kopi kaw dan dark chocholate (tinggi kafein) , bila dah kurangkan dan jarang minum, Alhamdulillah dengan izin Allah tak ada lagi / takda lansung anxiety attack sampai sekarang.
3. BARING / TIDUR TUNGGU 2-3 JAM DULU LEPAS MAKAN @ TIDO DALAM KEADAAN DUDUK
Yang ni pun ada efek jugak, lepas makan saya dah tak tido terus, saya akan jalan-jalan buat kerja dulu baru tido, kalau nak tido jugak letak bantal tido dalam keadaan duduk.
4. BANYAKKAN BERSYUKUR
Saya rasa antara benda yang paling penting adalah nak kena kawal emosi, kita kena banyak bersyukur dan tengok yang kurang bernasib baik dari kita.
Kena stop bandingkan dengan yang lebih dari kita, sebab sampai bila-bila pun kita tak akan tenang hidup.
Bersyukur dan hargai setiap nikmat walaupun sedikit.
5. BANYAKKAN BACA AL-QURAN DAN ZIKIR PAGI PETANG
Benarlah dengan mengingati Allah hati kita akan jadi tenang.
Kesimpulannya, saya rasa GERD dan ANXIETY ni punca dalam 80% bab makanan dan postur badan kita, dan selebihnya adalah cara kita kawal emosi kita tiap hari.
Ni pengalaman sayalah, boleh cuba mana tahu berkesan. Kalau ada yang tak betul atau kurang, mohon betulkan atau tambah ya.
Amalkan juga minum susu kolostrum Dan kalsium TruCalD7 boleh menguatkan antibodi
Pengalaman sebagai pesakit gerd Amat mahal
Memberi saya berjuta melon kerana pulih Dan boleh makan makanan digemari .jika dulu terpaksa skip asbab susu.
Klik

















No comments:

Post a Comment

Pages